Taman Burung Labuan salah satu tempat menarik di WP.Labuan


HARGA TIKET DEWASA : RM3.00 SAHAJA/SETIAP SEORANG.
HARGA TIKET PELAJAR (Dengan Kad Pelajar) : RM2.00 SAHAJA/SETIAP SEORANG.
HARGA TIKET WARGA EMAS : RM2.00 SAHAJA/SETIAP SEORANG.
HARGA TIKET KANAK-KANAK (6 Tahuan ke atas)/OKU : RM1.00 SAHAJA/SETIAP SEORANG.
HARGA TIKET KANAK-KANAK 5 TAHUN KE BAWAH : FREE
HARGA TIKET WARGA LUAR NEGARA : RM5.00 SAHAJA.
HARGA TIKET ROMBONGAN : KADAR BIASA.


WAKTU BEROPERASI:
ISNIN HINGGA AHAD - 10 PAGI HINGGA 4.30 PETANG.
JUMAAT - DITUTUP KEPADA PELAWAT.



Taman Burung Labuan telah dicadangkan penubuhannya oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke empat iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan ianya mula dibina pada tahun 1995. Pada tahun 1997, Taman Burung Labuan ini telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada umum pada tahun 1999 di mana ia kemudiannya dirasmikan oleh YB Dato Seri Hj.Mohd Shariff Bin Hj Omar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada Ogos 2003.





Taman burung Labuan terletak di utara Pulau Labuan di mana jarak dari pusat bandar ke taman ini adalah 16KM dan hanya mengambil masa selama 15 minit untuk sampai dengan menaiki kenderaan melalui jalan darat. Keluasan taman ini adalah 6.9 hektar. Kedudukan Taman Burung Labuan yang berdekatan dengan 'CENTURY OLD COAL MINING CHIMNEY' yang mempunyai sejarahnya tersendiri, telah menjadikan kawasan taman burung Labuan mempunyai tarikan pengunjungnya yang tersendiri sama ada dari dalam negeri mahupun luar negeri.

Beberapa gambar di dalam Taman Burung Labuan:






















Haiwan yang sudah diawet:






Kelebihan Taman Burung Labuan:


AKTIVITI -AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI TAMAN BURUNG LABUAN.

1.BERKHEMAH

2.BERBASIKAL

3.CABARAN BERTALI

4.MENJELAJAH HUTAN

5.MEMERHATI BURUNG

6.MEMANCING

Selamat beriadah kepada warga Labuan -Admin-
Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

1 Komen:

  1. skrg dh elok ke tempat ni? Baru2 ni sy pegi sana tmpt ni dh x terurus...byk burung dh mati...kotor...tp x sure la skrg sbb tu first n last sy pegi..sayang sgt sbb burung2 n kawasan dh strategik tp pengurusan sgt teruk.....dh x cantik..hurmmm...

    ReplyDelete

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.