TIPS AGAR KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS TERIK

Salam sejahtera pembaca semua..

Cuaca panas terik boleh menyebabkan badan dehidrasi(kekurangan air). Akibat dari kekurang air ini pula kita akan mudah rasa tIdak sihat seperti pening, lesu dan tidak bertenaga. Perubahan cuaca di WP Labuan juga agak tak menentu kebelakangan ini di mana kerap berlakunya cuaca panas dan juga hujan.

Tidak dinafikan juga cuaca panas di Labuan adakalanya lebih panas jika dibandingkan tempat-tempat lain di Sabah. Mungkinkah kerana pulau ini di kelilingi oleh air maka suhunya juga menjadi lebih panas?.. Okeylah, apakata kita pelajari sedikit bagaiman untuk kita menjaga kesihatan kita semasa dalam musim panas ini.

Berikut admin kongsikan berberapa tips untuk kekal sihat di musim panas.


1. Banyakkan minum air

- Perbanyakkan minum air tak kira usia kanak-kanak atau dewasa. Minum air penting untuk memastikan badan kita dapat berfungsi dengan baik terutamanya buah pinggang. Kekurangan air boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang terutamanya bagi yang mengamalkan supplimen kesihatan. Air juga membantu kita untuk berasa segar semula terutama aktif bersukan atau terdedah dengan cuaca panas akibat aktiviti fizikal seperti bersukan atau bersenam. Minum air penting bagi membantu menggantikan semula air yang kehilangan dari badan akibat berpeluh.

2. Gunakan kipas/penghawa dingin

-Gunakan kipas atau penghawa dingin untuk sejukkan badan. Dengan cara ini kita akan lebih selesa dan terhindar dari berpeluh banyak akibat kepanasan.

3.Lebihkan masa dalam rumah dan kurangkan aktiviti fizikal

- Bagi yang suka berada diluar rumah, ada baiknya untuk kurangkan masa diluar rumah untuk elakkan dari terlalu terdedah dengan cuaca panas. Jika tidak dapat dielakkan, sebaiknya memakai topi atau baju lengan panjang.

4. Pakai losyen

Menggunakan losyen atau sunscreen dapat membantu melindungi kulit dari sunburn atau kulit terbakar akibat cuaca panas. Anda boleh menggunakan losyen SPF30 atau SPF50 untuk tujuan ini.

5. Kurangkan minuman berkafein dan bergula atau beralkohol

Minum seperti ini boleh menyebabkan badan kita kehilangan air walaupun kita tidak aktif diluar rumah atau berpeluh. Jika anda penggemar minuman di atas, admin sarankan kurangkan atau elakkan sahaja.

6. Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar

Pakaian seperti ini dapat membantu anda untuk tidak berasa panas ketika berada diluar rumah atau di tempat yang terdedah dengan matahari. Anda akan lebih selesa dan mudah untuk melakukan aktiviti anda.

7. Jangan duduk dalam kenderaan tanpa penghawa dingin

Untuk elakkan dari sebarang perkara yang tidak diingi, ada baiknya anda membuka tingkap atau membuka penghawa dingin ketika berada dalam kenderaan. Kebiasaannya suhu dalam kenderaan akan lebih panas seumpama oven dan mungkin boleh menyebabkan lemas atau pengsan.

8. Minum minuman Isotonik

Minum minuman isotonik, contohnya seperti 100plus, boleh membantu anda untuk segar semula kerana apabila anda berpeluh, anda akan kehilangan garam dari badan. Minuman ini boleh membantu menggantikan garam yang hilang tersebut.

9. Topi dan payung untuk elakkan pancaran terus haba ke badan

Jangan malu atau segan untuk pakai payung jika berada di bandar atau tempat lapang walaupun bukan hujan. Jika segan, pakailah topi. Tapi jika anda seorang muslimah yang memakai tudung, payung adalah sesuai untuk anda gunakan.



Akhir kata..

Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada kita untuk berdepan dengan cuaca panas. Persediaan awal pastinya dapat membantu untuk kita bukan sahaja lebih bersedia malah memudahkan kita di kemudian hari. Sekurang-kurangnya taklah pening kepala nak buat apa jika tiba-tiba terpaksa berjemur panas-panas sebab nak siapkan urusan kan?

Sekian dari admin.

Share on Google Plus

Admin nazz

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.